7 Sebab Kenapa Suplemen Tidak Berkesan Kini ramai yang mengambil suplemen untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing. Namun begitu tidak semestinya mereka yang mengambil suplemen akan mendapat manfaat daripadanya. Suplemen tidak berkesan sekiranya ianya tidak diambil dengan cara yang betul. Untuk mendapat sebanyak mungkin manfaat daripada suplemen, kita perlu tahu bila dan bagaimana untuk mengambilnya. Berikut saya senaraikan 7 sebab kenapa suplemen tidak berkesan: 1. Mengambil Minuman atau Makanan yang Tidak Serasi Bersama Suplemen Dalam setengah kes, apa yang anda makan atau minum bersama suplemen anda akan membuat ianya tidak berkesan. Kafein, sebagai contoh, boleh mengehadkan penyerapan zat besi. Menurut satu kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition, secawan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi oleh badan anda daripada hamburger sebanyak 39 peratus. Jika anda mengambil suplemen zat besi, disyorkan anda jarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya sejam dengan meminum kopi. Sementara itu, nutrien lain perlu diambil bersama makanan tertentu untuk meningkatkan penyerapan. Jika anda mengambil suplemen vitamin A, vitamin D, vitamin E atau vitamin K, ambil bersama makanan yang mengandungi lemak sihat. Vitamin ini larut dalam lemak dan memerlukan sedikit lemak untuk larut dan diserap oleh badan anda. Fikirkan kacang, kuning telur, atau biji flaks atau chia. Apabila ragu-ragu, semak label suplemen anda untuk cadangan masa pengambilan. 2. Mengambil Suplemen Yang Tidak Serasi Bersama Pengambilan suplemen yang tidak serasi bersama-sama boleh memberi kesan yang sama seperti pengambilan suplemen bersama makanan yang tidak serasi. Walaupun terdapat keinginan untuk mengambil suplemen anda sekaligus, mencampurkan beberapa suplemen boleh mengehadkan kesan individunya. Contoh klasik: besi dan kalsium. Kalsium sebenarnya boleh menyekat penyerapan zat besi, jadi kedua-dua mineral ini harus diambil secara berasingan, jarakkan selama empat hingga enam jam antara keduanya. Ini juga bermakna anda tidak boleh mengambil suplemen zat besi dengan makanan tenusu, atau suplemen kalsium dengan makanan tinggi zat besi. Sebaliknya, sesetengah suplemen sebenarnya berfungsi bersama dan harus diambil pada masa yang sama. Vitamin C, contohnya, membantu kita menyerap zat besi bukan heme (jenis dalam tumbuhan dan suplemen), jadi pengambilan kedua-duanya secara bersama boleh memberi manfaat. 3. Mengambil Terlalu Banyak Dos Sekaligus Dalam sesetengah kes, lebih baik anda membahagikan pengambilan suplemen tertentu di sepanjang hari daripada mengambil satu dos yang besar. Kalsium, sebagai contoh, perlu diambil dalam gandaan 500 miligram, kerana badan anda hanya boleh menyerap sebanyak itu sahaja dalam sesuatu masa. Jika anda mengambil dos yang lebih banyak daripada yang sebenarnya boleh digunakan oleh badan anda pada sesutau masa, dos yang selebihnya akan terbuang begitu sahaja. 4. Mengambil Suplemen Pada Masa Yang Salah Memandangkan suplemen berbeza mempunyai kesan yang berbeza pada badan anda, sesetengahnya lebih baik dimakan pada waktu tertentu dalam sehari. Melatonin, sebagai contoh: Hormon yang menyokong tidur ini bertujuan untuk membantu anda mendapatkan tidur malam yang berkualiti, jadi anda lebih baik mengambilnya sebelum waktu tidur daripada perkara pertama pada waktu pagi. Sementara itu, Vitamin D mungkin mengganggu tidur anda jika diambil pada waktu malam (ianya vitamin sinar matahari), dan mungkin lebih baik diambil bersama sarapan pagi. 5. Anda Mempunyai Masalah Kesihatan Yang ini sedikit lebih rumit daripada mengambil suplemen pada masa yang salah. Penyakit dan keadaan kesihatan tertentu boleh menjejaskan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien. Contohnya orang yang menghidap penyakit Celiac, mereka menghadapi masalah untuk menyerap beberapa nutrien (terutama zat besi, kalsium, vitamin B dan vitamin larut lemak) kerana mereka telah meratakan vili usus (tisu yang mengangkut nutrien ke dalam aliran darah). Ini tidak bermakna mereka tidak boleh mendapat manfaat daripada suplemen, tetapi mereka mungkin tidak dapat menyerap 100 peratus nutrien. Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, berbincang dengan doktor anda tentang bagaimana ia boleh menjejaskan penyerapan nutrien anda. Pemeriksaan darah yang kerap boleh membantu anda memantau tahap nutrien anda dan melaraskan sebarang suplemen mengikut keperluan. Dalam kebanyakan kes, anda mungkin perlu mengambil tahap nutrien tertentu yang lebih tinggi daripada orang lain. 6. Mengambil Ubat Tertentu Sebagai tambahan kepada keadaan kesihatan tertentu, sesetengah ubat juga boleh menjejaskan penyerapan nutrien, dan dengan itu menjejaskan keberkesanan suplemen anda. Sebagai contoh, perencat pam proton (sering digunakan untuk refluks asid dan senak), boleh menjejaskan penyerapan vitamin B12, magnesium dan besi. Sementara itu, sesetengah diuretik, mempunyai kesan yang sama pada magnesium, kalium, dan kalsium. Jika anda mengambil sebarang ubat preskripsi, berbincang dengan doktor anda tentang implikasi pemakanan yang mungkin datang bersamanya. Dengan mengambil kira perkara tersebut, anda akan lebih mampu mengurus isu kesihatan dan tahap nutrien anda. 7. Mengambil Suplemen yang Tidak Baik Anggaplah ini sebagai justifikasi untuk anda tidak membeli suplemen yang paling murah. Tidak semua suplemen sama kualitinya. Ada yang menggunakan bahan asli, dan ada juga yang menggunakan bahan sentetik. Berhati-hati dengan produk murah terutamanya yang dijual di Internet. Untuk memastikan suplemen memberi manfaat kepada badan anda, beli daripada jenama yang terkenal, sama ada yang dijual di farmasi atau melalui jualan lansung seperti Forlife Research (4Life) . Pertimbangan Penting Tidak kira apa matlamat anda mengambil suplemen, satu perkara yang pasti: Ia bukan pengganti kepada diet yang sihat dan sarat dengan nutrien. Suplemen bermaksud makanan tambahan, justeru ia tidak boleh digunakan sebagai ganti kepada makanan sebenar. Jangan memandang rendah apa yang salad yang penuh dengan nutrien boleh lakukan untuk anda berbanding dengan pil yang dibuat di kilang. Suplemen (vitamin, mineral dan nutrien lain) adalah penting untuk membantu tubuh anda berkembang dan berfungsi sebagaimana mestinya. Walaupun kebanyakan orang mendapat nutrien yang diperlukan dengan memakan diet seimbang, namun yang lain memerlukan sedikit rangsangan nutrien tambahan. Di situlah peranan suplemen — memberikan anda sokongan yang diperlukan oleh badan anda untuk kekal sihat — terutamanya untuk mereka yang sukar mendapatkan diet seimbang.