Omega-3 Daripada Tumbuhan Boleh Membantu Pesakit Jantung , Kajian yang diterbitkan dalam Journal of American College of Cardiology mendapati pengambilan makanan yang kaya dengan omega-3 yang dipanggil asid alpha lipoik (ALA) boleh membantu mereka yang mengalami masalah jantung. ALA ialah asid lemak yang selalunya diperolehi daripada tumbuhan. ALA sangat penting kepada kesihatan, bermakna anda perlu mendapatkannya daripada diet anda. Sumber terbaik omega-3 termasuk aphanizomenon flos aquae (AFA), walnut, biji atau minyak flaks, biji chia, biji labu, walnut, makanan soya, minyak kanola, rumpai laut, edamame, dan kacang ginjal. Mengambil makanan yang kaya dengan ALA boleh diterjemahkan kepada manfaat kardiovaskular untuk sesiapa sahaja, sama ada mereka mempunyai masalah jantung atau tidak. Menurut penyelidek, pemakanan sering diabaikan sebagai faktor penting dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan kesihatan jantung yang baik. Sumber: www.WebMD.com Makanan Super