Skip to content
Tips Kesihatan
Tips Kesihatan

Info & Tips Penjagaan Kesihatan Diri

  • Home
  • Artikel Popular
  • Artikel Kesihatan
  • 4Life Transfer Factor Shop
Tips Kesihatan
Tips Kesihatan

Info & Tips Penjagaan Kesihatan Diri

gaya hidup sihat

Bersenam dan Penuaan

,

Ramai warga emas tidak bersenam dan mereka boleh memberi berbagai alasan yang munasabah kenapa mereka tidak bersenam. Tidak bersenam atau kurang menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan berbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Senaman yang kerap, terutamanya di kalangan mereka yang sudah berumur, adalah penting untuk kesihatan yang baik.

Jika anda tidak bersenam, apakah alasan anda?

1. Saya sudah tua

Senaman baik untuk semua orang, termasuk mereka yang sudah berumur. Ianya boleh memberi impak yang besar walau pun anda bersenam sedikit sahaja. Sudah tentu bincanglah dahulu dengan doktor anda. Jika selama ini anda tidak aktif, mulakan secara pelan-pelan. Mulakan dengan melakukan aktiviti ringan selama 5 – 10 minit setiap hari.

2. Saya perlu banyak berehat

Bukan umur yang menyebabkan anda merasakan perlu banyak rihat – ianya kerana anda tidak aktif. Malah mereka yang berumur dengan masalah kesihatan serius seperti penyakit jantung, diabetes, arthritis dan lain-lain boleh menjalani kehidupan yang lebih baik dengan bangun dan bergerak.

3. Saya rasa jantung saya tidak boleh menanganinya

Lebih banyak anda bersenam, semakin rendah risiko untuk anda mendapat masalah seperti serangan jantung dan strok. Anda boleh minta nasihat doktor apa jenis senaman yang terbaik, dan berapa lama anda perlu melakukannya. Anda mungkin boleh melakukan aktiviti aerobik ringan selama 150 minit seminggu, seperti berjalan laju atau menunggang basikal secara santai. Memotong rumput atau membersih kawasan rumah juga boleh diambil kira. Anda boleh melakukan senaman ringan selama 30 minit, lima kali seminggu. Jika mahu, tak perlu melakukannya 30 minit sekali gus setiap sesi. Boleh lakukan 10 minit dan berehat sekejap, kemudian sambung lagi.

4. Saya tidak aktif seperti dulu lagi

Anda mungkin perlu lakukan empat kumpulan pergerakan asas (bersama-sama dengan senaman yang meningkatkan daya tahan, kekuatan dan keseimbangan). Rasa keras dan kaku boleh dikurangkan dengan senaman seperti regangan yang menyasarkan pinggul, kaki, bahu, leher, dan belakang anda. Namun jangan meregangkan terlalu kuat sehingga menyakitkan.

5. Saya takut tercedera

Sebagai langkah berjaga-jaga, mintalah nasihat doktor anda terlebih dahulu, terutamanya jika anda tidak aktif atau mempunyai masalah kesihatan. Doktor anda tahu apa yang anda perlukan dan apa yang boleh anda lakukan. Mengikut pakar, mereka yang baru bermula harus bermula perlahan-lahan dengan senaman intensiti rendah. Minum banyak air, dengar kata badan anda, panaskan badan sebelum bersenam dan sejukkan badan selepas itu.

6. Saya adalah saya

Kajian baru-baru ini mencadangkan bahawa senaman tertentu — seperti menunggang basikal pegun — sebenarnya melambatkan pengurangan sel yang boleh berlaku apabila meningkat usia. Dalam erti kata lain, tidak pernah terlambat untuk meraih faedah senaman. Tidak kira berapa umur anda, betapa tidak aktifnya anda, atau berapa lama keadaan badan telah berada dalam keadaan teruk, senaman boleh memberikan banyak bantuan untuk banyak perkara.

7. Saya tidak suka bersenam

Menjadi aktif secara fizikal tidak semestinya bererti mengangkat berat di gim atau berlari sejauh 10 kilo. Lakukan perkara yang anda suka dan itu akan membuatkan anda terus melakukannya. Anda boleh mengemas halaman rumah, berjalan dengan rakan-rakan, berkebun (mengangkat dan membongkok sangat bagus untuk fleksibiliti dan kekuatan), atau berbasikal. Campur adukkan aktiviti tersebut dengan kerap supaya anda tidak merasa bosan.

8. Saya tidak mempunyai teman bersenam

Mempunyai teman atau menyertai kumpulan akan membantu. Kajian menunjukkan bahawa penyeliaan dan sokongan boleh membantu anda kekal fokus dan berasa seronok dengan apa yang anda lakukan. Teman bersenam benar-benar boleh membantu jika anda tidak aktif dan sedang berusaha memperbaiki keadaan. Sesetengah orang lebih suka melakukan secara solo. Jika anda bukan jenis tersebut, cari kumpulan bersenam dalam komuniti anda. Anda boleh mencarinya di Internet, atau doktor anda boleh membantu anda.

9. Saya tidak mempunyai masa

Jadual penuh — kerana menjaga cucu, kewajipan keluarga lain, kerja rumah, dsb. — sering disebut sebagai sebab untuk tidak bersenaman. Jika anda fikirkan tentang semua faedah aktiviti fizikal yang kerap, dan masa minimum yang diperlukan (150 minit seminggu untuk aktiviti aerobik sederhana), jawapannya adalah jelas: Jika anda ingin kekal sihat, anda boleh meluangkan masa.

10. Jantung saya sihat

Ia bukan hanya tentang jantung anda. Senaman yang kerap juga membantu paru-paru, otot, dan keseluruhan sistem peredaran darah anda. Ia mengenai faedah yang termasuk tekanan darah yang lebih rendah, kesihatan tulang dan sendi yang lebih baik, serta kurang kemungkinan mendapat penyakit seperti kanser kolon dan diabetes.

11. Saya tidak mahu terjatuh

Jatuh boleh menjadi masalah bagi warga emas. Tetapi dengan aktiviti fizikal yang kerap, termasuk senaman yang menggalakkan keseimbangan yang betul — senaman yang boleh anda lakukan hampir pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja — anda boleh membantu mencegah terjatuh yang mencederakan ramai warga emas. Doktor anda boleh menunjukkan anda ke arah yang betul.

12. Saya lebih risaukan otak saya

Senaman sangat bagus untuk otak anda. Pakar berkata bukan sahaja senaman boleh membantu anda mengelakkan masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan, ia juga boleh membantu anda meneruskan tugas dan lebih berupaya untuk beralih dari satu tugasan ke perkara seterusnya. Badan sihat, minda sihat.

Kesihatan Warga Emas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kategori

  • Berita Kesihatan
  • Gaya Hidup Sihat
  • Kesihatan Warga Emas
  • Makanan Super
  • Pemakanan & Diet Tiroid

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Tips Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes